Penjejak Ilmu

Dialek Terengganu Dari Aspek Fonetik dan Fonologi

DIALEK TERENGGANU 

Subdialek Terengganu
Yang dimaksudkan dengan dialek Terengganu ialah dialek yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang tersebar di kawasan Terengganu, dan ciri-ciri inilah yang membezakan dialek ini dari dialek-dialek lain. Di bawah ini akan diperbandingkan beberapa subdialek untuk menentukan kawasan penyebaran dialek Terengganu itu, dan di samping itu menentukan kawasan peralihan atau kawasan yang menerima pengaruh dari luar. Subdialek-subdialek yang akan diperkatakan itu ialah yang dituturkan di Ulu Telemong, Jerengau, Kuala Jengai, bandar baru Kuala Terengganu (khususnya Kampung Manir), Ulu Nerus dan Ulu Dungun.
      Ulu Telemong ialah kawasan yang terletak di pedalaman Terengganu,di anatara daerah Kuala Terengganu dan Ulu Terengganu. Kawasan ini dikatakan tidak banyak menerima pengaruh dari luar. Subdialek Terengganu mempunyai  enam fonem vokal, iaitu [ i ], [ ə ], [ e ], [ a ], [ u ], [ o ]. Dengan itu [ a ] akhir kata dalam ejaan diucapkan sebagai [ ə ] dalam subdialek Ulu Telemong. Sebagai contoh :-
Ulu Telemong
Bahasa Standard
[ kualə ]
[ kuala ]
[ diə ]
[ dia ]
[ siə - siə ]
[ sia –sia ]

Bagaimanapun, bunyi [ ə ] akhir kata dalam subdialek juga mempunyai kesejajaran dengan diftong  [ ai ] dalam bahasa Malayu standard . Sebagai contoh ;-
Ulu Telemong
Bahasa Standard
[ semə ]
[ səmai ]
[ misə ]
[ misai ]

        Vokal [ a ] dalam bahasa standard yang terdapat dalam suku kata akhir tertutup mempunyai berbagai-bagai pengwujudan. Pertama vokal ini tetap sebagai   [ a ] jika konsonan yang mengikutnya itu hentian glotis atau nasalnya [ ŋ ].
Ulu Telemong
Bahasa Standard
[ ɣudaq ]
[ rodat ]
[ caq ]
[ kandaŋ kərbau ]
[ tahaŋ ]
[ tahan ]
[ ikaŋ ]
[ ikan ]

Sebelum [ h ], [ a ] dalam bahasa standard itu mempunyai kesejajaran dengan [ o ] dalam subdialek ini. Sebagai contoh :-
Ulu Telemong
Bahasa Standard
[ miɣoh ]
[ mərah ]
[ ɣumoh ]
[ rumah ]

            Fonem [ a ] dalam subdialek Ulu Telemong dapat menduduki lingkungan akhir kata, tetapi yang kesejajarannya adalah diftong atau [ ai ]. Vokal [ i ] akhir kata dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan rangkap [ei ] yang diikuti oleh [ q ] dalam subdialek ini. Sebagai contoh :-
Ulu Telemong
Bahasa Standard
[ ubeiq ]
[ ubi ]
[ tinggəiq ]
[ tiŋgi ]

Subdialek ini tidak mempunyai diftong. Dengan itu diftong-diftong dalam bahasa standard bersejajaran dengan satu-satu vokal dalam subdialek tertentu. Dengan demikian [ ai ] ada kalanya sejajar dengan [ ə ] atau dengan [ a ]. Diftong      [ au ] dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dalam [ o ] dalam subdialek ini. Sebagai contoh ;-

Ulu Telemong
Bahasa Standard
[ paka ]
[ pakai ]
[ bala ]
[ balai ]
[ piso ]
[ pisau ]

Subdialek ini mempunyai rangkap vokal seperti berikut [ ei ], [ aə], [ iə ], [ iu ], [ ua ] dan [ ao ], seperti dalam contoh-contoh seperti ;-
Ulu Telemong
Bahasa Standard
[ duɣeiq ]
[ duri ]
[ saəŋ ]
[ sən ]
[ duniə ]
[ dunia ]
[ lio ]
[ liar ]
[ lioŋ ]
[ liaŋ ]
[ liu ]
[ liur ]
[ diəŋ ]
[ diam ]
[ kualə ]
[ kuala ]
[ daoŋ ]
[ daun ]

Semua konsonan plosif boleh menempati lingkungan pravokal dan antara vokal. Lingkungan akhir kata, sebelum kesenyapan hanya boleh ditempati oleh hentian glotis [ q ] sahaja. Dengan demikian [ p ] dan [ t ] yang dalam bahasa standard menempati lingkungan tersebut mempunyai kesejajaran dengan [ q ] dalam subdialek ini. Sebagai contoh ;-
Ulu Telemong
Bahasa Standard
[ daɣaq ]
[ darah ]
[ ikuq ]
[ ikut ]
[ gəlaq ]
[ gəlap ]

Berkenaan dengan konsonan nasal pula, hanya [ ŋ ] yang dapat menempati kesemua lingkungan yang diperkatakan. Konsonan-konsonan nasal lainnya hanya dapat menempati lingkungan pravokal dan antara vokal. Dengan itu [ ŋ ] dalam bahasa standard yang terletak dalam lingkungan akhir kata mempunyai kesejajaran dengan [ ŋ ] dalam subdielek ini. Sebagai contoh ;-
Ulu Telemong
Bahasa Standard
[ jaloŋ ]
[ jalan ]
[ cawoŋ ]
[ cawan ]
[ gunoŋ ]
[ gunuŋ ]
[ noŋ ]
[ ənam ]
[ daləŋ ]
[ dalam ]
 
       Konsonan frikatif [ s ] dan [ ɣ ] hanya terdapat dalam lingkungan pravokal dan antara vokal sahaja, dan dengan demikian memperlihatkan ciri persamaan dengan dialek-dialek lain seperti dialek Kedah, Kelantan dan Pahang. Konsonan [ h ] pula hanya terdapat dalam lingkungan akhir kata sahaja.
           Berhubung dengan itu,  [ s ] akhir kata dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan [ h ] dalam subdialek Ulu Telemong. Perubahan [ s ] ke [ h ] itu boleh jadi mempengaruhi nilai vokal sebelumnya. Khususnya vokal [ a ] yang berubah menjadi [ ə ]. Demikian juga, vokal [ i ] berubah nilai bunyinya menjadi [ e ]. Sebagai contoh ;-
Ulu Telemong
Bahasa Standard
[ dəɣəh ]
[ dəras ]
[ aləh ]
[ alih ]
[ tikuh ]
[ tikus ]

      Konsonan [ r ] akhir kata digantikan dengan kesenyapan. Penguguran konsonan tersebut boleh mempengaruhi nilai vokal yang mendahuluinya, khususnya vokal [ a ] yang berubah menjadi [ o ]. Sebagai contoh ;-
Ulu Telemong
Bahasa Standard
[ tabi ]
 [ tabir ]
[ piki ]
[ fikir ]
[ lio ]
[ liar ]
[ tido ]
[ tidur ]
[ liu ]
[ liur ]
[ təlu ]
[ təlur ]
[ ako ]
[ akar ]

Ada kalanya konsonan [ o ] dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan [ u ] dalam subdialek ini. Sebagai contoh ; -
Ulu Telemong
Bahasa Standard
[ iku ]
[ ekor ]
[ tilu ]
[ təlur ]

         Rangkap konsonan jenis lain juga terdapat dalam subdialek ini iaitu rangkap yang terdiri dari konsonan plosif, frikatif [ s ] atau nasal yang diikuti oleh konsonan nasal [ l ], [ r ], misalnya [ ml ], [ gl ], [ sl ] atau juga gabungan-gabungan lain seperti [ sm ], [ jm ], [ tp ], [ jn ] dan sebagainya. Sebagai contoh ;-
Ulu Telemong
Bahasa Standard
[ mlinu ]
[ tidur ]
[ glabə ]
[ labah-labah ]
[ plagə ]
[ pəlaga ]
[ kɣabəq ]
[ panjat ]
[ dɣəloh ]
[ tidur ]
[ sluwo ]
[ səluar ]
[ tpike ]
[ tərfikir ]
[ tmakaŋ ]
[ tərmakan ]
[ mnikoh ]
[ mənikah ]

          Boleh dikatakan bahawa rangkap konsonan jenis kedua itu merupakan kelainan untuk urutan KVK, di mana vokal digugurkan. Dengan demikian contoh-contoh di atas itu boleh juga diwujudkan sebagai [ məlinu ], [ gəlabe ], [ təpike ] dan sebagainya, khususnya dalam pertuturan yang kurang tepat.
            Dalam subdialek ini terdapat gejala pemanjangan konsonan khususnya pada awal kata. Apabila dibandingkan dengan bahasa standard dan dialek-dialek lain, didapati bahawa pemanjangan konsonan itu adalah ciri pengganti bagi suku kata yang hilang. Suku kata yang berkenaan yang letaknya di awal kata boleh merupakan morfem awalan, kata depan atau suku kata yang tidak mempunyai apa-apa makna. Sebagai contoh ;-
Ulu Telemong
Bahasa Standard
[ mmiŋəq]
[ məŋiŋatkan ]
[ ddaləŋ ]
[ di dalam ]
[ ssinəiq ]
[ di sini ]
[ kkapoŋ ]
[ di kampuŋ ]

Kesimpulan
Dari perbandingan di atas itu, boleh dibuat kesimpulan bahawa ciri vokal depan luas yang disengaukan itu adalah ciri gangguan yang masuk ke dalam subdialek Ulu Nerus dari dialek Kelanta, baik berdasarkan resapan ataupun perpindahan. Dengan itu juga, boleh dikatakan bahawa dalam subdialek Ulu Nerus pada asalnya terdapat urutan –ang seperti halnya dengan subdialek Kuala Terengganu dan bahawa ciri asli dialek Terengganu pada keseluruhannya ialah –ang.
        Dibandingkan dengan subdialek yang dituturkan di Gong Terap yang terletak di daerah Besut, maka didapati bahawa subdialek ini juga mempunyai ciri vokal depan luas yang disengaukan pada akhir kata itu sebagai kesejajaran dengan –ang. Dalam aspek-aspek fonologi lainnya subdialek ini boleh dikatakan sama dengan subdialek Kuala Terengganu kecuali dalam pengucapan [ a ] akhir kata, kerana dalam hal ini persamaannya ialah dengan subdialek Ulu Telemong.
        Dari perbandingan yang dilakukan ke atas bahasa Melayu yang dituturkan di berbagai-bagai tempat di Terengganu, kita dapat membuat kesimpulan sendiri. Pertama subdialek yang dituturkan di bandar Kuala Terengganu dapat dianggap sebagai subdialek yang mewakili dialek Terengganu Standard. Kedua, Besut dan Ulu Nerus merupakan kawasan peralihan antara dialek Terengganu  dan dialek Kelantan.
      Ketiga, subdialek Ulu Telemong mewakili ciri-ciri yang boleh dikatakan (dilihat dalam konteks dialek dan subdialek) banyak juga menyimpang dari subdialek bandar Kuala Terengganu. Ciri-ciri penyimpangan itu mencerminkan proses perubahan yang berlaku dalam masa yang silam. Bahawa subdialek bandar Kuala Terengganu tidak mengalami proses itu adalah disebabkan hubungannya yang terus menerus dengan dialek lain, khususnya dialek Johor, barangkali melalui penutur-penutur golongan atasan, misalnya di kalangan istana. Dari sejarah, kita ketahui bahawa antara istana Terengganu dan istana Johor terdapat hubungan yang erat. Di samping itu juga Terengganu pernah menjadi sebahagian dari kerajaan besar Johor.  Selain dari itu ciri-ciri persambungan dialek juga boleh menyebabkan bertahannya ciri-ciri seperti e-pepet dalam lingkungan akhir kata dan bertahannya a dalam –ang. Dalam hal ini kita lihat bahawa Kuala Terengganu lebih dekat hubungannya dengan Pekan daripada dengan Kota Bharu.
            Keempat, kawasan-kawasan bandar (A), walaupun kecil , lebih banyak memperlihatkan persamaan ciri-ciri pertuturannya dengan bandar Kuala Terengganu (B) dibandingkan antara bandar Kuala Terengganu dengan kawasan pedalaman (C)  walaupun jarak antara A dengan C lebih dekat daripada A dengan B. Kelima, kesinambungan antara subkawasan-subkawasan dialek itu jelas dari ciri-ciri pertuturannya, dan dengan itu tidak ada pemisahan yang mendadak.

No comments:

Post a Comment