Zaman Yunani
- Orang Yunani orang pertama yang terlibat dalam pengkajian linguistik.
- Pengkajian bermula pada 500 tahun sebelum masihi.
- Kajian bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran falsafah.
- Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, pada abad ke-6 Sebelum Masihi
- Tokoh pengkajian bahasa zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle.
- Plato ahli falsafah yang pertama menyelidik bahasa melalui karyanya berbentuk di Cratylus.
- Cratylus menerangkan bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya.
- Plato pula menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dan kata kerja.
- Plato meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada prediket dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.
- Zaman aristotle 384-322 sebelum masihi. Tambah satu lagi pembahagian tatabahasa iaitu kata penghubung.
- Aristotle memperkembangan falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato.
- Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah menganggap bahawa fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi.
- Pada zaman yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Kaedah kajian bersifat logik dan tidak saintifik.
Zaman Iskandariah
- Pada abad ke-3 tahun masihi. Merupakan sebuah tanah jajahan Yunani.
- Penumpuan bahasa lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan.
- Mengkaji sistem fonetik dan membahagi kepada adverb, perticipal, ganti nama dan kata depan.
- Memperkenalkan bidang sintaksis iaitu ayat merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.
Zaman Rom
- Mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh.
- Mengambil ilmu bahasa kajian bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin.
- Perubahan sistem bahasa Yunani kepada bahasa Latin.
- Kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu bahasa.
Zaman Pertengahan
- Dikenali sebagai zaman Renaissance. Mula mengkaji bahasa termasuk tatabahasa vernakular
- Menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa
- Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasteraan.
- Pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang.
- Golongan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman.
- Mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.
Zaman Arab
- Perkembangan di Baghdad setelah eropah mengalami zaman gelap.
- Ahli fikir yang terdiri daripada sarjana Islam yang mendapat sokongan daripada pemimpin mereka.
- Kajian tertumpu kepada Al-Quran dan ilmu fonetik berkembangan menjadi pesat dan hampir menjadi sempurna.
Zaman India
- Bahasa Sanskrit digunakan memberi kesan yang besar kepada ilmu linguistik.
- Bahan kajian tidak berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda.
- Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis
- Pembaharuan yang dibuat ialah mengkaji bahasa secara saintifik.
Zaman Linguistik Bandingan
- Permulaan kepada linguistik moden pada abad ke-19.
- Berkembang kepada bidang baru iaitu antropologi dan sosiologi.
- Pendekatan kajian berdasarkan bukti nyata
- Mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.
- Hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.
- Ahli bahasa pada zaman ini mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi.
- Hukum baru mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.
Zaman Moden
- Pada abad ke-20.
- Pengkajian ilmu bahasa lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian.
- Lebih bersistematik yang menekankan kepada sinkronis dan diakronis.
- Pengkaji mengeluarkan satu teori baru iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.
minta izin guna nota ni..
ReplyDeletetq :)
nota yg membantu..terima kasih ;)
ReplyDelete